Wednesday, 28 December 2011

Robot dan Sardin

Peaceful Obstacle 

sambil-sambil kat opis sakit kepala buat akaun, gua online la jap cari teknik mencari ketenangan kepala otak atas bebanan nombo-nombor brengset.. tapi ada 1 benda yang buat gua tertarik, isu turun bendera, mahaDUMB, auku kejadah, najib, bla-bla dan sewaktu dengannya. gua faham sistem dan keadaan dalam negara kita tak macam dulu lagi.. dulu kita umpama robot, ikut je semua.. kalau kerajaan suruh A, kebanyakan dari kita pun buat la A.. kalau B, buat B dan seterusnya.. tapi sekarang dah agak berbeza sikit. kalau ada yang rasa A tak betul, robot-robot yang ada ni da boleh shut down automatik dan reset semula, malah siap boleh SOUND lagi terang terangan.. gua sendiri rasa robot yang dah mula boleh berfikir membetulkan mana arahan yang salah ni merupakan 1 perkembangan yang baik. demokrasi yang hidup. cewah.. walaupun kebanyakannya  lebih kepada 'bentaik~' semata. dalam isu robot yang makin bijak ni, wujud la pulak saintis-saintis yang berkepentingan.. ini lah masalahnya.. asalnya robot tadi cuba menegakkan perkara asas yang betul semata tetapi ada sesetengah robot ni tadi telah dipengaruhi oleh saintis-saintis yang mahukan sesuatu yang di luar jangkauan. al maklum la, robot-robot ni masih di peringkat baru mula nak belajar berfikir sendiri, terus pula di serbu dengan pelbagai pengaruh asing yang negatif. gua padat-padatkan semua jalan cerita ni yang tersurat dan tersirat lalu gua bubuh dalam tin sardin dan gua masak sendiri guna rice cooker opis ni dan hasilnya... jeng jeng jeng.. sedap! memang sedap! begitu juga la bila first time bila gua tengok movie cerita transformers kat wayang. kagum asli. macam dashat sangat je gua tengok.. robot-robot bergelimpangan merata. robot bijak la katakan.. boleh buat semua.. dashat.. tapi.. walau sesedap manapun jalan cerita transformers tersebut, memang tetap akan ada babak kemusnahan, kesengsaraan, dan kesedihan.. cerita robot ni bai.. haha.. bila nak di bandingkan pula dengan robot mula yang gua cerita awal tadi dengan robot transformers memang banyak bezanya tapi soal kemusnahan dan kehancuran tu memang rencah realiti kehidupan berbanding realiti kebahagiaan. btoi ke tak? haha.. macam perang la. ada ke perang kat muka bumi ni berakhir dengan gelak tawa di saat pengakhiran perang. jarang sangat.. bosnia nak recover dari kemusnahan perang pun makan masa berapa lama.. jika dalam movie, kita mampu mencorakkan kemusnahan dengan pengakhiran bahagia, happy ending, dan segala macam yang boleh buat lu tersengeh dengan mudah, but in reality.. i dont think so.. tak kisah la lu siapa, lu faham ke tak, lu mahasiswa or mahaDumB, gua tak kisah.. tapi jangan la lu hanya fikirkan perjuangan lu semata.. robot sama robot, manusia berkecuali mati kat tengah. bego! politic pollution is about ALL! ass

Friday, 16 December 2011

rezeki Tuhan, siapa yang tahu

gua ada jumpa kawan lama gua. kawan tak kawan juga la sebab tak serapat mana.. tegur pun setakat tegur biasa, ye la, kawan biasa. dah jutawan rupanya.. itu la kata orang, rezeki Tuhan ni kita memang tak boleh nak predict. kalau jadi, maka jadi la dia.. kalau gigih berusaha tapi tak jadi-jadi gak, maka begitulah.. nak kata apa kan.. semuanya tak di duga. tapi kalau tak usaha langsung, percentage nak berjaya tu still ada, cuma amat kecil ruangnya. gua berbangga melihat kejayaan orang dan ingin menjadikan dorang ni sebagai pembakar semangat.. lu boleh, InsyaAllah gua pon bole.. siape sangka kan, dari bermula dengan lepak-lepak tanam anggur, tup tap dah jadi jutawan.. pergh.. alhamdulillah.. :)

pow-lay-thic

pengertian selesa ni terlalu subjektif. selalu kita dengar ada yang kata kita ni sebenarnya PATUT berada di tahap yang LEBIH selesa. patut minyak 50sen seliter, panadol 2sen sebiji, buku teks tukar jadi samsung tab percuma, ptptn mansuh jadi biasiswa rakyat dan macam-macam lagi.. gua antara yang terasa betapa tak bestnya di belengu hutang ptptn dan menjadi penganggur terhormat.

ok, masuk bab paling sensitif.. fuh~ bila ada yang sebut orang kita nak di murtadkan, arak berleluasa, palacuran, anak haram, tambah-tambah lagi keluar pulak isu hukum tuhan dan segala macam isu.. ape lagi, memang secara tak langsung terasa macam mengalahkan duduk kat iraq dah.. desperate.. perlu menentang, segala-galanya jahat.

penyasaran di tambah bila gua selaku pengguna proton. hahaha.. power window problem, body mudah kemek, interior buruk, bla bla bla.., kualiti haram bejadah, rakyat ditipu. segalanya bangsat.

segalanya serba tak kena. semua hina. gua perlu ganyang semuanya, reformasi, fight FRU, baring atas jalan, buat drama syok sendiri atas nama rakyat, dan sebagainya..

------------------------------gua cermin diri gua--------------- gua terfikir--------------
------apa gua buat sekarang-------------------gua mencari kesempurnaan dalam keadaan gua rasa.....------dan gua terfikir------

dari gua mencari kesempurnaan dengan menyalahkan orang lain, lebih baik gua fokus pada kesempurnaan diri gua dulu.. adakah gua dah cukup sempurna dalam menjalani kehidupan yang gua MANAGE SENDIRI ni.. kesimpulan yang gua boleh buat adalah.. di samping berharap semua orang masuk syurga tuhan, proton akan sebagus Ferrari dgn harga timbang kilo, Malaysia layak ke Piala Dunia, ptptn mansuh (kahkahkah), semua orang mejadi kaya, melayu hilang penyakit lupa, petrol semurah bil air, gua kena APPRECIATE dan BERSYUKUR dengan apa yang gua ada sekarang.

realitinya.. gua akui, manusia takkan pernah kenal erti puas..


Tuesday, 13 December 2011

Kerja

bekerja di bawah organisasi celaru memang mencabar. nak pulak kalau lu just kuli or kerani. despatch ok sikit gua rasa sebab at least boleh blah pekena tea ais. macam gua susah banyak sebab gua semua sekali. kerani pun gua, despatch pun gua, manager pun gua. tapi bos bukan! gedemit'. kerja gua agak simple sebab tu gaji gua pun terlalu simple. umpama lagu simple plan. nyesal dulu malas belajar, kalau tak mesti gua sekarang ada kat Helsinki tengah relax tengok permandangan.

apapun gua still bersyukur dengan apa yang gua ada sekarang. walaupun keja gua agak suck, tapi seronok juga  kadang-kadang. kecelaruan management membantu gua mencabar diri sendiri untuk mengatasi rasa simple life gua ni bersadurkan lagu simple plan untuk memperbaiki dan menambah tahap pengalaman bekerja. kerja mana yang tak ada masalah kan, so, live with it, get a life, lepak mapley, sudey.

Sunday, 11 December 2011

Wakaf Che Yeh dan Pengkalan Kubor

agak lucu bila umur dah seberapa batu lanjut ni baru berpeluang aku jejak kaki ke kota bharu kelate.. aku sebenarnya excited nak pergi ke kelantan untuk menilai sendiri segala kata-kata orang terhadap segala macam baik yang buruk mahupun baik mengenai negeri kelate ni.. target aku lebih kepada 'makanan murah', dan shopping sikit-sikit la kat mana-mana tempat yang patut macam wakaf che yeh dengan pengkalan kubor. aku check in semalaman kat polyland hotel betul-betul kat tengah pasar malam wakaf che yeh. campak beg terus jenjalan merata guna kaki dulu sekitar pasar malam wakaf che yeh. then baru aku bawa kereta pusing kota bharu dan sekitarnya. realitinya, barang-barang yang ada di wakaf che yeh tak banyak beza dengan mana-mana uptown or pasar malam besar kat ibukota or mana-mana pasar malam lain. harga pulak, kalau hangpa tak pandai tawar memang harga standard. silap aribulan lagi mahal.. hehe.. kesimpulan personal persepsi aku, tak ada apa sangat la kat sini.. esoknya aku drive ke pengkalan kubor. sangkaan aku nyata meleset sebab benda yang ada di wakaf che yeh tu jauh lebih banyak berbanding kat sempadan ni. aku prefer much more padang besar kat utara nun.. next time kalau ada rezeki, maybe aku patut hire local people kat cni utk tunjuk tempat yang lebih baik. aku pun terkejar-kejar masa so nak explore lebey memang tak dapek. aku percaya banyak tempat menarik di kelantan ni tapi tak berkesempatan and i'll be back someday

Friday, 9 December 2011

Tukang Gunting

Kadang-kadang rasa nak membunuh ni timbul bila tukang gunting cuai sampai berdarah.. kalau ye pun lu rasa selamat di sebabkan lu tukar mata pisau cukur, tapi hati gua yang berdarah ni tak peduli precautions lu tu.. sakit la bangang! demyufakyu!

Wednesday, 27 April 2011

Terharu

Semalam  seharian aku membuang masa di luar. Berapa kali mapley pun tidak terkira. Loser memang macam ni. Penangan air minuman yang dijual sangat menterkasimakan orang macam aku. Hakikatnya semalam memang aku sebenarnya ada kerja seharian, so memang tak balik rumah. Bukan sengaja buat onar, atau membuat perkara tak berfaedah pun. Melainkan kalau tengok bola kat mapley Man U vs Shalke jam 2.45am waktu tempatan di kira 1 perkara tak berfaedah..? TIDAK MUNKIN! haha. Dalam kesibukan, sms and call mengalir deras sehingga Nokia buruk aku ni ‘hang’ takde bunyi.. Loser memang tak kisah pun benda macam ni. Until sekian waktu, baru aku perasan, banyak gila miskol. Abah aku pulak tu yang miskol! Wah, ni bahayo ni.. Memang nak kena taji aku gamaknya sebab tak angkat fon. Lalu aku call my nephew kebetulan ada kat rumah suruh dia check apsal. Check punya check, rupanya aku terhantar sms kosong yang melambak-lambak kat abah aku. Phone dalam poket, jenis pulak nokia zaman Narnia, button tak lock, abah aku plak senarai pertama kat friend list, pergh.. Aku cuma mampu bagitau kat nephew aku fon aku tersepit dalam seluar di apit dek dunhill menthol letup lalu mengzahirkan pengaliran sms tanpa diduga secara berleluasa..

Aku balik umah dan tido. Loser bangun seperti biasa, lunch di satukan dengan breakfast. Rutin awal bangun aku seperti biasa kacau mak aku sidai kain jap..

aku:    “ aboh mana?”
mak:    “mesjid”
aku:     “oh.. semalam tu aboh miskol banyak sangat, aboh maroh ke?”

Abah aku ni tak la garang sangat, ala-ala Lion King je. Cuma ye la, aku kan loser, biasa la kena setepek dua. Ayat pedas.. Dengan aku yang macam ni, memang tak heran kalau mak abah aku hilang sabar.   

mak:    ”nape tak angkat tepon?”
aku:     ” tak perasan, dalam poket tersepit..”
mak:    ” abah tak tido semalam”
aku:     ” tak tido ngape?”
mak:    ” ........ takut yang tersepit tu tuan tepon tu”

aku:   ...........................

Tuesday, 26 April 2011

Live life to the fullest

nape aku nk menulis ni terus terang kata, takde benda yg best nak buat so aku tulis je la apapun. untuk jadi bloggers tegar mmg agak mustahil sbab aku dh la mls membaca, apatah lg nk menulis. sekolah pon tak pandai. semua yg tertulis ni adalah jgn dipercayai sebab unsur karut dan tahyul munkin terselit. ada yang terpesong kang payah plak nk menjawab. yg pasti less islamik, more independent, n tak pduli pada psekitaran.

sebagai seorang yang loser, memang tak ada apa yang boleh diceritakan melainkan kehidupan static yang tungu masa nak gol. tapi harapan nak berjaya mesti kena ada juga la cuma tak setegar rocky eye of tiger tu. pergh.. minat gila aku layan lagu eye of tiger tu. menaikkan semangat yang ntah apa-apa. dulu masa sekolah, macam budak-budak lain yang loser gak la, merokok, memonteng, layan porn, and blablabla. walauapapun, berkat doa orang sekeliling especially parents (tq mom n dad) n family, dpt gak la merasa konvo cam kbyakan org len.