pengertian selesa ni terlalu subjektif. selalu kita dengar ada yang kata kita ni sebenarnya PATUT berada di tahap yang LEBIH selesa. patut minyak 50sen seliter, panadol 2sen sebiji, buku teks tukar jadi samsung tab percuma, ptptn mansuh jadi biasiswa rakyat dan macam-macam lagi.. gua antara yang terasa betapa tak bestnya di belengu hutang ptptn dan menjadi penganggur terhormat.
ok, masuk bab paling sensitif.. fuh~ bila ada yang sebut orang kita nak di murtadkan, arak berleluasa, palacuran, anak haram, tambah-tambah lagi keluar pulak isu hukum tuhan dan segala macam isu.. ape lagi, memang secara tak langsung terasa macam mengalahkan duduk kat iraq dah.. desperate.. perlu menentang, segala-galanya jahat.
penyasaran di tambah bila gua selaku pengguna proton. hahaha.. power window problem, body mudah kemek, interior buruk, bla bla bla.., kualiti haram bejadah, rakyat ditipu. segalanya bangsat.
segalanya serba tak kena. semua hina. gua perlu ganyang semuanya, reformasi, fight FRU, baring atas jalan, buat drama syok sendiri atas nama rakyat, dan sebagainya..
------------------------------gua cermin diri gua--------------- gua terfikir--------------
------apa gua buat sekarang-------------------gua mencari kesempurnaan dalam keadaan gua rasa.....------dan gua terfikir------
dari gua mencari kesempurnaan dengan menyalahkan orang lain, lebih baik gua fokus pada kesempurnaan diri gua dulu.. adakah gua dah cukup sempurna dalam menjalani kehidupan yang gua MANAGE SENDIRI ni.. kesimpulan yang gua boleh buat adalah.. di samping berharap semua orang masuk syurga tuhan, proton akan sebagus Ferrari dgn harga timbang kilo, Malaysia layak ke Piala Dunia, ptptn mansuh (kahkahkah), semua orang mejadi kaya, melayu hilang penyakit lupa, petrol semurah bil air, gua kena APPRECIATE dan BERSYUKUR dengan apa yang gua ada sekarang.
realitinya.. gua akui, manusia takkan pernah kenal erti puas..
No comments:
Post a Comment