Sunday, 11 December 2011
Wakaf Che Yeh dan Pengkalan Kubor
agak lucu bila umur dah seberapa batu lanjut ni baru berpeluang aku jejak kaki ke kota bharu kelate.. aku sebenarnya excited nak pergi ke kelantan untuk menilai sendiri segala kata-kata orang terhadap segala macam baik yang buruk mahupun baik mengenai negeri kelate ni.. target aku lebih kepada 'makanan murah', dan shopping sikit-sikit la kat mana-mana tempat yang patut macam wakaf che yeh dengan pengkalan kubor. aku check in semalaman kat polyland hotel betul-betul kat tengah pasar malam wakaf che yeh. campak beg terus jenjalan merata guna kaki dulu sekitar pasar malam wakaf che yeh. then baru aku bawa kereta pusing kota bharu dan sekitarnya. realitinya, barang-barang yang ada di wakaf che yeh tak banyak beza dengan mana-mana uptown or pasar malam besar kat ibukota or mana-mana pasar malam lain. harga pulak, kalau hangpa tak pandai tawar memang harga standard. silap aribulan lagi mahal.. hehe.. kesimpulan personal persepsi aku, tak ada apa sangat la kat sini.. esoknya aku drive ke pengkalan kubor. sangkaan aku nyata meleset sebab benda yang ada di wakaf che yeh tu jauh lebih banyak berbanding kat sempadan ni. aku prefer much more padang besar kat utara nun.. next time kalau ada rezeki, maybe aku patut hire local people kat cni utk tunjuk tempat yang lebih baik. aku pun terkejar-kejar masa so nak explore lebey memang tak dapek. aku percaya banyak tempat menarik di kelantan ni tapi tak berkesempatan and i'll be back someday
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment